nuffnang add

Monday, November 4, 2013

Berkelah di Ulu Yam...

Hujung minggu hari tu, tetiba la pulak datang idea dari kawan aku ajak pergi berkelah di Ulu Yam..aku tak penah tau pon yang Ulu Yam tu tempat riadah boleh nak berkelah mandi air terjun bagai dan tak penah sampai pon sana sebelum ni..tu yang tetibe rasa excited gilerr..yelah dah lama kot aku tak merasai nikmat berkelah dan mandi air terjun...hehehehe

Kami pergi berlima ke sana..jam 9 pagi Syimi dan wife die Fiza datang amek kat umah aku..adik ipar aku Farah pon ikut jugak..kami pergi satu kereta je senang...pasal makanan Dayah dah masak nasi goreng, sosej, dan goreng keropok pastu Fiza buat sandwish dan air teh o..simple aje menu perkelahan kami kannn...hehehe..kalo bagi notis awal-awal boley la aku plan nak buat bbq kat sana perap ayam awal-awal tapi sebab last minit punye plan mana la sempat nak buat sume tu..masak ni pon ape yang ada kat umah aje...takpela next time la bbq tu...




dari Ampang ke Ulu Yam perjalanan makan masa selama 40 minit jugak la..jalan pon ok tak jem..kalo korang nak datang sini make sure datang awal la ye sebab kalo lambat nanti susah betul nak dapat parking dan paling penting port berkelah yang best.....


masuk sini korang kene bayar rm2 seorang...


siap ada jambatan gantung lagi tu...

hampar surat khabar je kaw sebab masing-masing takde tikar...hahaha...sampai je terus bedal bekal yang bawak....yela tak bekpes kot sebelum datang sini...bukan tu je..mandi pagi pon tidokkk..hahhaha


sejukkkkkk woo air kat sini..sampai ke tulang sum-sum rasa nye..kihkihkih








ok kat sini jugak ada disediakan toilet untuk korang nak tukar baju..free aje tak perlu bayor dua posen..kalo hujan pulak korang boley lepak kat pondok yang disediakan ni..masa kami pergi ari tu cuaca mula-mula tu ok aje tapi bile nak masuk tengah hari tetibe hujan la pulak..so ape lagi cepat-cepat la naik pergi toilet dan salin baju..nasib la kami datang awal kira ok dan puas la jugak mandi....masa dah hujan tu jangan la korang jadi makin excited pulak nak mandi..baik korang naik cepat-cepat...bukan takut kaw demam ke ape tapi ditakuti berlaku nye fonamena kepala air...bahaya tuuu...


masa on the way nak balik tu kami singgah la sekejap kat tepi tasik ni..lepak sini amek gambar dan makan aiskrim....kat sini pon ada jugak orang berkelah..cantik jugak tempat ni....masa ni dah tak hujan la pulak....



aiskrim roti rm2 satu...

syok jugak sekali sekala berkelah bawak family datang sini kan..nanti nak pergi lagi la..best jugak datnag sini...lagipon bukan nye jauh sangat...tak sangka pulak kat KL pon ada jugak tempat macam ni..hahhaha..ok bababai...



Next entry - Tak sabar nye nak becuti ke Sabah....
    

Salam Maal Hijrah untuk semua..jangan lupa baca doa akhir dan awal tahun ye.. =)



DOA 1 (Akhir Tahun)
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالمَيِن وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللَّهُمَّ مَا عَمِلْنَا فِيْ هَذِهِ السَّنَةِ مِمَّا نَهَيْتَنَا عَنْهُ فَلَم نَتُبْ مِنْهُ وَلمَ تَرضَهُ وَلمَ تَنْسَهُ وَحَلُمْتَ عَلَيْنَا بَعْدَ قُدْرَتِكَ عَلَى عُقُوبَيْتِنَا إِلَى التَّوْبَةِ مِنْهُ بَعْدَ جُرْأَتِنَا عَلَى مَعْصِيَتِكَ فَإِنَّنَا نَسْتَغْفِرُكَ فَاغْفِرْ لَنَا ، وَمَا عَمِلْنَا فِيْهَا مِمَّا تَرْضَاهُ وَوَعَدْتَنَا عَلَيْهِ الثَّوَابُ فَنَسْأَلُكَ اللَّهُمَّ يَا كَرِيْمُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ أَنْ تَتَقَبَّلَهُ مِنَّا وَلاَ تَقْطَعُ رَجَاءَنَا مِنْكَ يَا كَرِيْمٌ . رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِيْ الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ . وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
Maksudnya : Dengan nama Allah yang pemurah lagi amat penyayang, segala puji-pujian itu tertentu bagi Allah seru sekalian alam, selawat dan salam ke atas penghulu sekalian Rasul dan atas keluarganya dan sahabatnya sekalian. Ya Allah! Apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa yang Engkau tegahkan kami daripadanya, maka tidak sempat kami bertaubat darinya dan Engkau tidak meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut ke atas kami walaupun Engkau berkuasa atas menyiksakan kami, malah Engkau memberi peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat ke atas Engkau, maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau, maka ampunilah bagi kami dan apa yang kami lakukan padanya dari apa yang Engkau redhainya dan Engkau telah menjanjikan kami ganjaran pahala ke atasnya, maka kami memohon akan Dikau wahai Tuhan yang mulia yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerima daripada kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami daripada Engkau wahai Tuhan yang mulia. Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami akan azab api neraka.


DOA 2 (Awal Tahun)
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالمَيِن وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَىأَشْرَفِ الأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .اللَّهُمَّ أَنْتَ اْلأَبَدِيُّ الْقَدِيْمُ اْلأَوَّلُ وَعَلَى فَضْلِكَ اْلعَظِيْمِ وُجُوْدِكَ الْمُعَوِّلِ. وَهَذَا عَامٌ جَدِيْدٌ قَدْ أَقْبَلَ عَلَيْنَا . نَسْأَلُكَ الْعِصْمَةَ فِيْهِ مِنَ الْشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ وَأَوْلِيَاءِهِ وَجُنُوْدِهِ وَالْعَوْنَ عَلَى هَذِهِ النَّفْسِ اْلأَمَّارَةِ بِالسُّوْءِ وَالإِشْتِغَالِ بِمَا يُقَرِّبُنَا إِلَيْكَ زُلْفَى .اللَّهُمَّ يَا مُحَوِّلَ اْلأَحْوَالِ حَوِّلْ حَالَنَا إِلَى أَحْسَنِ الأَحْوَالِ بِحَوْلِكَ وَقُوَّتِكَ يَا عَزِيْزُ يَا مُتَعَالُ . رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِيْ الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ . وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
Maksudnya : Dengan nama Allah yang pemurah lagi penyayang, segala puji-pujian bagi Allah pentadbir sekalian alam, selawat dan salam ke atas semulia-mulia nabi dan Rasul iaitu penghulu kami nabi Muhammad s.a.w. dan di atas keluarganya dan para sahabatnya sekalian. Ya Allah! Engkaulah yang kekali qadim lagi azali dan di atas kelebihan Engkau yang besar dan kemurahan Engkau yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi kami, kami memohon kepada Engkau pemeliharaan padanya daripada syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan di atas nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepada Engkau bagi melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada Engkau. Ya Allah! Tuhan yang mengubahkan segala keadaan, ubahkanlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kekuatan Engkau wahai Tuhan yang mengerasi lagi maha tinggi. Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami akan azab api neraka.

Pengalaman Bercuti Di Langkawi - Episod akhir

ni entry last untuk episod di Langkawi..aku nak habis kan cepat-cepat pasal langkawi ni sebab ada banyak bende lagi aku nak cerita dalam blog ni..heheheh...

lepas je bangun tido, cehh macam lama je kaw tido lepas island hopping tu..alaa anak aku je yang tido aku tak..hihihi..kami pon terus g lunch..masa tu jam dah 3.30 petang baru nak sibuk cari kedai makan kat pantai chenang nak makan tengah hari..dua kedai pergi semua lauk yang best-best dah habis..malas dah nak cari kedai lain so makan jela lauk yang ada..target hari ni nak sambung shopping..lagipon flite kitorang pagi esok so dah takde masa dah nak shopping lagi..lepas aje makan kami terus gerak ke IDAMAN SURI..kat idaman suri ni la kalo kaw nak cari pinggan mangkuk yang murah ponnn..harga memang ada beza sikit kalo nak banding dengan harga di Haji Ismail group.. pilihan pon banyak kat sini..


kaw tengok ramai nye la makcik makcik kat dalam idaman suri ni....

tak sanggup aku nak duk lama-lama kat dalam idaman suri ni..ramai sangat orang nye..dengan anak aku menangis-nangis nye lagi, ape yang aku beli dalam ni 1 set pinggan luminac takde corak rm125, set sudu rm35 dan kuali tafal yang sekali dengan penutup rm119...lepas tu kami pergi ke Haji Ismail Gruop yang paling besar..dah macam shopping complex dah kedai haji ni..dari mula-mula kedai biasa terus jadi macam shopping complex..maju-maju pak haji...




kat sini orang tak ramai sangat kalo nak banding dengan kedai haji ismail yang dekat pekan kuah..mungkin sebab orang tak tau kot...

memang besar la kedai haji yang ni..siap ada troli macam kat supermarker lagi so senang la nak shopping kan..aku tak shopping ape pon kat sini just masuk dalam pusing-pusing je nak tengok kan macam mana la keadaan kat dalam...kaw nak tengok ape semua bende sama je sebenarnya..lagipon barang yang aku cari dah dapat...mission completed...hehehehe..next kami pergi ke dataran helang..dataran helang mesti la kene pergi kenn..kalo kaw tak pergi sini maksud nye tak lengkap lagi la percutian kaw di Langkawi....hahahha
...trade mark langkawi tuuuu....





kat dataran helang ni ada sorang pakcik pegang ular sawa untuk sape-sape yang berani nak bergambo dengan ular sawa..nak pegang-pegang ular sawa tu free aje tapi nak bergambar dengan ular tu kaw kene bayar rm5..bile kaw bayar rm5 tu boley la kaw bergambar dengan ular yang akan possing lilit kat tengkok korang...euwww aku takla sebab aku gilaa geli dengan ularrrr....kahkahkah

malam tu kami pergi makan di restoran bamboo..orang cakap restoran seafood ni antara yang paling best dan sedap di Langkawi...dekat je pon restoran ni dengan dataran helang..tapi kaw kene masuk dalam sikit dan naik bukit..nak tau kat mana ko bukak GPS jela ye..hahaha..


kaw tengok menu siap frame lagi....


ape yang kami order ikan siakap steam asam, ketam black paper, sotong goreng tepung, udang butter, kailan ikan masin dan oren jus.. harga untuk semua lauk ni kami berempat makan rm121.50...murah kottt harga die..aku bajet dalam lebey rm150..sebab biasa aku makan menu macam ni untuk 4 orang makan takde la semurah ni..alhamdulillah kenyang..lauk pon sedap, suasana restoran pon bersih dan menghadap laut..pekerja pon ok dan peramah..sangat-sangat recommended tempat ni... 


Jum kite kira bajet untuk hari ke-2 di Langkawi

*breakfast rm9.5 - 3 nasi lemak, air suam, nescafe tarik + tapau kuih rm2
*island hopping rm30 - seorang
*makan tengah hari rm23 - 4 orang
*shopping di Idaman Suri rm279
*coklat rm125
*makan malam rm121.50

___________________________________________________________
TOTAL RM 588.00



Esok nye flite kami jam 10.00 pagi..kelebihan duk dekat Pantai Chenang ni nak ke airport tu dekat la sikit..dalam 10 minit je dah sampai airport..kitorang saje je gerak awal ke airport yela takut ada ape-apa masalah pulak bile urusan imegresen nanti...sebelum check in kite kene scan dulu segala barang-barang yang kaw nak masukkan ke dalam cargo..kalo hand carry tak perlu scan..takut jugak aku kene bayar tax ke ape kan tapi sebenarnya takde ape pon...semuanye berjalan dengan lancar tampa ada apa-apa masalah..lepas scan terus check in flite...time check in pon semuanya ok..total berat kitorang 2 family termasuk luggage dan barang shopping 71kg...takde la berat sangat ponnnn...ada extra 50kg lagi tuuuu..kalo aku tau aku sopim banyak lagi..hahaha..

ok mesti aku akan rindu sangat-sangat kat Langkawi lepas ni..mana la puas nye kan pergi sana 3hari 3malam je...tak sempat pon nak pergi semua tempat....takpela insyaallah ada rejeki aku akan kesana lagi...





bai-bai Langkawi.......


Untuk nak dapatkan lagi tips dan tempat menarik di Langkawi korang boley jugak ke blog kawan bloggest aku ni.. http://zazaabdullatif.blogspot.com/ ....hehehehe  

Next entry  - Berkelah mandi manda di Ulu Yam...


Sunday, November 3, 2013

Pengalaman Bercuti Di Langkawi - Day 2

Hari ke 2 di Langkawi, kami plan setengah hari ni untuk aktiviti island hopping..untuk pakej island hopping aku amek yang pakej dari hotel Casa ni je..rm30 untuk seorang..aku dah survey-survey tour pakej kat tempat lain kat chenang ni tapi mostly semuanya rm35 seorang..

Pakej island hopping ni, dorang dah termasuk sekali dengan transport beramek dan berhantar... jadi kerja kita tunggu je depan hotel..actually untuk pakej island hopping di Langkawi ni ada dua trip..trip pagi dan petang..untuk trip pagi bermula jam 9pagi sampai pukul 1 tengah hari..untuk pakej petang pulak bermula jam 2 petang sampai jam 5 petang..kami amek pakej pagi..giler panasss kot kalo kaw amek pakej petang..tebakorr kulit weyyy



Perjalanan ke Jeti hanya mengambil masa tak sampai 10 minit ponn..


Hujan lebat la pulak pagi tu..so trip kitorang delay jugak la setengah jam sebab nak tunggu hujan berhenti dan cukup orang...

Kalo kaw tak sempat nak breakfast kat jeti ni ada makcik jual makan pagi..macam biasa nasi lemak kuih muih dan burger pon ada jual jugak...

ok hujan pon dah stop, ready nak naik bot...



destinasi pertama die akan bawak kaw ke tasik dayang bunting..25 minit jugak la untuk sampai ke jeti ke tasik dayang bunting...semasa on the way ke tasik dayang bunting, brader bot ni stop sekejap untuk ko amek gambar bukit ni yang seolah-olah seperti perempuan mengandung sedang tido....ada perasan tak??

sampai je jeti kaw kene jalan kaki untuk ke tasik dayang bunting..brader bot tu kasik masa 1 jam untuk kaw pusing-pusing kat sini...kat sini hati-hati sebab banyak sangat kera lalu lalang lompat sini lompat sana..kalo kaw tak nak jadi mangsa kera elakkan dari pegang plastik dan makan sambil berjalan bile lalu sini sebab spesis dorang ni tak boley tengok plastik...hahahaha..


eh ni monyet ke kera?? aku pon tak pasti... haha


10 minit berjalan kaki naik bukit untuk ke tasik dayang bunting...

sampai suda di tasik dayang bunting...







rugi wooo kalo datang sini tak mandi dalam tasik ni....

kat sini jugak kalo kaw nak naik paddle boat pon boley jugak dengan kadar bayaran sebanyak rm20 untuk satu bot...

ok selepas 1 jam berada di tasik dayang bunting, kami pon menuju ke check point seterusnya iaitu eagle feeding..kat situ takde ape pon sebenarnya die akan bawak kaw stop sekejap kat tempat ada burung helang dan burung spesis ape ntah aku tak tau nama dan bagi makan..brader bot tu akan campak kulit ayam kasik helang tu makan..sekejap je pon kat sini..tak sampai 10 minit pon....bagi aku kat sini borinkkkkk....








last check point kami dibawa ke beras basah island...beras basah island ni lebey kurang 10 minit dari tempat eagle feeding tadi..kat sana pantai die cantek dan kaw boley mandi-mandi kat sana atau nak snorkeling pon boley..kat sini jugak kaw diberi masa 1 jam untuk buat aktiviti bebas... 







kat sini kaw boley sewa peralatan untuk snorkeling..harga aku tak tau sebab aku pon tak snorkeling kat sini..kaw nak snorkeling ape nye kan kat sini bukan ada coral pon..air pon kerohhh...nak mandi-mandi ok lerrr...


tapi hati-hati weyy ada orang jumpa bende alah ni pulak..azab la sape-sape yang terpijakkk...


ok, cukup je sejam lepak kat pantai ni, habis la pakej untuk island hopping ni..everall aku rasa island hopping kat langkawi ni agak borink sikit..cuma kat tasik dayang bunting tu aje yang aku rasa best sikit..hehehe..nasib la cuaca ok dan tak panas lansung..sampai aje jeti tu terus dorang hantar kami ke hotel..sampai aje hotel ape lagi bantai tido la.....

to be continue.. =)