nuffnang add

Wednesday, October 30, 2013

Pengalaman Bercuti Di Langkawi - Day 1 Part 2





Habis je pusing-pusing kat dalam Kota Mahsuri, masa tu jam dah hampir pukul 2 petang, so kitorang pon terus check in di Casa Fina Fine Homes yang terletak di Pantai Chenang...Sebenarnye dah book awal-awal dah hotel ni kat http://www.booking.com/ ...dorang cakap kalo nak stay sini better book kat agoda atau booking.com daripada korang terus walk in sebab harga walk in lagi la mahallll katanya.....



Casa Fina Fine House
Lot 53, Persiaran Pantai Cenang, Mukim Kedawang
Pantai Chenang, 07000
Langkawi, Kedah, Malaysia
Tel: +6049533555


Ok jum kite tengok dalam bilik die pulakkkk.........

Untuk harga bilik ni rm115 untuk 1 malam..tapi takde tingkap.so takley la kalo kaw nak skodenggg....ok la kalo kaw ni jenis datang hotel untuk tido je kan semata-mata....


Untuk harga chalet macam ni pulak rm158 untuk 1 malam...


Lepas rehat mandi sume...aktiviti petang tu kami plan nak naik cable car..lagipon cuaca sangat la ok..sebab kalo hari mendung dan berangin kempunan la kaw nak naik cable car sebab konpem akan tutup...perjalanan dari pantai chenang ke cable car dalam 30 minit....





kaw tengok punye la ramai umat manusia nak naik cable car...


disebabkan tak nak cari penyakit bersesak-sesak nak beratur panjang, dah la kaw tu bawak anak kecik aku pon beli jela tiket untuk express lane..ko tengok tu harga die berapa!!...add on rm50 yekkk...untuk harga dewasa tiket biasa rm15 pastu disebab kan ko nak potong queue orang ko tambah la rm50 lagi..jadila tiket untuk kaww sorang rm65 untuk seorang..nampak tak beza die?? tapi takpela aku pejam mata jela bayor tiket yang super duper mahal tu...asal kan tak yah beraturrrr...






jujur sejujurnya aku ni jenis yang takut tinggi..kahkahkah...memang kecuttt wey bile duk atas ni..ko pon sama ye Nazri....tak yahh nak cotrol sangat..hahahhaa


sejuk jugak weyyy atas ni ala-ala cameron highland..hehehehe







dah satel naik cable car perut pon dah lapo..tapi memang target petang tu nak makan laksa..banyak sangat gerai-gerai dan kedai yang jual laksa petang-petang macam ni tapi itula sebab tak tau mana yang ok dan sedap so kitorang pon saje nak try makan laksa kat tepi airport..lagipon view sana cantik..relaxxx je lepak sana...









untuk harga laksa ni rm3 semangkuk...


bagi aku ok la rasa laksa tu..padan la dengar harga nye..kalo kaw ambik laksa special harga rm5 tapi yang beza die kaw akan dapat lebih..itu je...lepas je makan laksa, kami pon balik ke pantai chenang..sebelum sampai hotel, kami singgah dulu kat pantai chenang amek angin pantai sambil feeling-feeling sunset...cewahhh..hahhaaha


malam tu kitorang tak pergi berjalan ke mana- mana pon sebab malam tu ada siaran lansung bola so aku lepak dalam bilik je..sekadar keluar nak makan malam je...ok untuk makan malam kami makan di restoran Selera Tanjung..betul-betul kat depan Casa Fina ni...ada masakan panas..harga pon ok dan berpatutan..






Alang-alang dah keluar makan jalan-jalan la sekejap kat kedai-kedai sepanjang pantai Chenang ni....tak beli ape pon..cuci-cuci mata ajeeee...biasa nye kedai-kedai kecik tepi jalan ni tutup lewat sikit daripada kedai duty free yang lain sekitar pantai chenang ni..contoh kat The Zone jam 8.30 malam pon dah tutup...

Ok meh kite list down berapa total pembelanjaan hari pertama di Langkawi: 

*Minyak kereta: RM20
* Breakfast: RM15 (4 orang)
* Kota Mahsuri: RM7 seorang 
* Fridge Magnet Langkawi: RM10 (ada dua ketul)
*Makan tengah hari: RM25 (4 orang)
* Cable Car tiket express lane: RM65 seorang 
* Fridge Magnet Cable Car: RM7.90
* Laksa: RM3 semangkuk
*Air Kelapa: RM4 sebijik
*Cendol pandan: RM3 semangkuk
*Makan malam: RM20 (2 orang)
*Air mineral: RM3.60 (2 botol besar)

_______________________________________________________________
TOTAL: RM183.50


Next entry Day 2 - Island Hopping




2 comments:

  1. Langkawi mmg the best ;)
    nxt time kalau ke langkawi try stay kat dawn chalet ok.. boleh tgk di entry blog saya ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah tengok entry zaza yang pasal langkawi tu sebelum ni dan memang plan nak duk kat dawn chalet mula-mula tapi penuh masa nak book sampai cuti sekolah ni..kempunan..kalo tak mesti anak saya boley main kolam yang betul2 depan bilik tu kan..insyaallah maybe next time akan stay sana..hehe

      Delete