nuffnang add

Friday, January 2, 2015

Universal Studio Japan...

Kali ni aku nak share pasal time shoreleave masa kapal masuk ke Port Senboku, Japan..Senboku ni berdekatan dengan Osaka, Jepon dan airport berdekatan adalah Kansai Airport.. Dari Kansai Airport korang boley amek train untuk ke bandar Osaka, Namba atau Kyoto..

Ok yang aku nak cerita kat sini bukan dari Kansai Airport tapi dari pelabuhan Senboku. Jam 1 tengah hari kami dibenarkan untuk turun darat so bile dapat turun tu mesti la sangat2 excited kan..giler ko tak excited dah lama tak turun Jepon…hehehe

Daripada pelabuhan Senboku kami ambik teksi untuk ke stesen train berdekatan iaitu Hagoromo.  


Dari Hagoromo kami akan ke Namba-Osaka Station..kami plan mula-mula nak ke Universal Studio Japan. Harga tiket train dari stesen Hagoromo 380 yen untuk sehala lebih kurang dalam RM11 lebeh...ok untuk tiket kalo tak paham nak beli kat mesin tu korang boley je tanya pakcik yg jaga kat dalam tu n dorang boley tolong guide korang untuk beli tiket..train kat jepon ni actually korang just perlu ingat nilai yen sahaja dan nombor stesen sebab kalo nak ingat nama tempat tu memang agak susah la kan...




Perjalanan dari station Hagoromo ke Namba station lebih kurang 20 minit ajeeee..sampai je Namba Station tampa perlu keluar dari station korang perlu naik subway untuk ke Universal Studio. Untuk ke sana hanya perlu ikut sign board ke Hashin line makna nye train tu ke Hashin line dan korang akan menapak lebih kurang 10 minit berjalan kat dalam station tu..bile sampai je sana ambil tiket untuk naik train JR pulak ke station Nishikujo..tiket berharga RM6  


ni la die mesin nak beli tiket

Dari station Namba ke Nishikujo train mengambil masa selama 8minit sahajeeee….ok bile korang sampai je di Nishikujo station korang kene amek tiket untuk ke Universal City station pulakkk....Harga 160yen bersamaan RM4 lebih…Nishikujo station ni kecik je tak sebesar Namba station so senang takde nak pening-pening..


sila silent kan hp korang bile masuk dalam train kat Jepon ye..train jepon ni kalo tengok luar nampak buruk je tapi dalam tu bersih sangat dan sangat-sangat selesa dan yang paling penting lajuuuu...


train ni la yang akan terus bawa korang ke universal studio



Inila die Universal Studio Japan...sebenarnya aku target nak datang sini just nak ambik gambar je bukan nak masuk dalam dan yang paling penting kat sini ada Hard Rock Cafe Osaka..tu yang semangat nak datang sini..hehehehe…ok habis sopim dan bergambar kitorang gerak balik ke Namba Station dan jalan-jalan kat area sana pulak…











ok ni adalah bandar Namba berdekatan dengan Namba Station...