Kali
ni aku nak share pasal time shoreleave masa kapal masuk ke Port Senboku, Japan..Senboku ni berdekatan dengan Osaka, Jepon dan airport berdekatan
adalah Kansai Airport.. Dari Kansai Airport korang boley amek train untuk ke
bandar Osaka, Namba atau Kyoto..
Ok yang aku
nak cerita kat sini bukan dari Kansai Airport tapi dari pelabuhan Senboku. Jam
1 tengah hari kami dibenarkan untuk turun darat so bile dapat turun tu mesti la sangat2 excited
kan..giler ko tak excited dah lama tak turun Jepon…hehehe
Daripada
pelabuhan Senboku kami ambik teksi untuk ke stesen train berdekatan iaitu
Hagoromo.
Dari
Hagoromo kami akan ke Namba-Osaka Station..kami plan mula-mula nak ke Universal
Studio Japan. Harga tiket train dari stesen Hagoromo 380 yen untuk sehala lebih
kurang dalam RM11 lebeh...ok untuk tiket kalo tak paham nak
beli kat mesin tu korang boley je tanya pakcik yg jaga kat dalam tu n dorang
boley tolong guide korang untuk beli tiket..train kat jepon ni actually korang just perlu ingat nilai yen sahaja dan nombor stesen sebab kalo nak ingat nama
tempat tu memang agak susah la kan...
Perjalanan
dari station Hagoromo ke Namba station lebih kurang 20 minit ajeeee..sampai je
Namba Station tampa perlu keluar dari station korang perlu naik subway untuk ke
Universal Studio. Untuk ke sana hanya perlu ikut sign board ke Hashin line
makna nye train tu ke Hashin line dan korang akan menapak lebih kurang 10 minit
berjalan kat dalam station tu..bile sampai je sana ambil tiket untuk naik train
JR pulak ke station Nishikujo..tiket berharga RM6
ni la die mesin nak beli tiket
Dari station
Namba ke Nishikujo train mengambil masa selama 8minit sahajeeee….ok bile korang
sampai je di Nishikujo station korang kene amek tiket untuk ke Universal City
station pulakkk....Harga 160yen bersamaan RM4 lebih…Nishikujo station ni kecik
je tak sebesar Namba station so senang takde nak pening-pening..
sila silent kan hp korang bile masuk dalam train kat Jepon ye..train jepon ni kalo tengok luar nampak buruk je tapi dalam tu bersih sangat dan sangat-sangat selesa dan yang paling penting lajuuuu...
train ni la yang akan terus bawa korang ke universal studio
Inila die
Universal Studio Japan...sebenarnya aku
target nak datang sini just nak ambik gambar je bukan nak masuk dalam dan yang
paling penting kat sini ada Hard Rock Cafe Osaka..tu yang semangat nak datang
sini..hehehehe…ok habis sopim dan bergambar kitorang gerak balik ke Namba
Station dan jalan-jalan kat area sana pulak…
ok ni adalah bandar Namba berdekatan dengan Namba Station...
No comments:
Post a Comment