lepas ber 'fish spa' di sungai Moroli, destinasi seterusnya kami ke Poring Hot Spring...Poring Hot Spring ni salah satu destinasi yang WAJIB korang datang kalo dah alang-alang berada di Ranau...Apa yang special di poring hot spring ni ialah kolam air panas semula jadi nye..selain dari kolam air panas kat sini jugak la korang boley merasai pengalaman berjalan di atas jambatan gantung atau lebih dikenali sebagai 'Canopy Walk'...
tiket masuk untuk ke Poring Hot Spring RM3 untuk seorang
sekitar permandangan kolam air panas
agak-agak dah puas duk berendam kaki dalam air panas, kami pon pergi ke canopy walk yang terletak kira-kira 100 meter tak jauh dari kawasan kolam air panas...
harga untuk naik ke canopy walk ni RM3 untuk seorang..dan tak lupa juga tiket untuk camera..hehehe..kaw tengok jela harga kat situ..
aku ingatkan lepas sampai kaunter canopy walk tu terus boley naik jambatan tu tapi rupenye ko kene naik bukit pulak untuk sampai ke canopy walk..dalam 20 minit jugak la nak boleh ke sampai...pancit woooo...sampai aku jumpa sorang makcik ni patah balik sebab tak larat nak naik...kuikuikui
berpeluh woooo..tapi takpe sambil-sambil tu korang boleh menikmati keindahan ciptaan tuhan..cewahhh..hahhaha
gilie-gilir la duk dukung mikhael yang berat hampir 12kg tu..kikikiki
akhirnya sampai jugak kat check point untuk naik ke canopy walk...kat sini dorang akan check balik tiket yang korang beli kat kaunter tadi..so simpan elok-elok jangan kasik hilang ok...
amacam tinggi tak canopy walk...baru kaw tau..hahaha..nasib baik la mikhael behave je sepanjang berjalan atas ni..cuak jugak aku takut die nangis ke ape tapi nasib baik die cool aje..cuma mak die je yang gayat....hahahaha..tapi overall memang sangat-sangat best..
kat dalam kawasan hot spring ni juga ada restoran dan jugak slide pool kalo korang tak nak mandi air panas..
perut pon dah lapar jum la kite keluar dari tempat ni..kat luar kawasan kolam air panas ni ada banyak kedai-kedai yang menjual bermacam-macam souvenir, makanan dan minuman..
agak susah jugak la nak cari kedai makan yang agak menarik dan halal kat sini..nasib baik la jumpa jugak..kedai ni korang akan jumpa semasa perjalanan balik dari hot spring menuju ke Pekan Ranau...
ni la die menu tengah hari kami..harga untuk 1 set ikan bakar RM7 termasuk minuman..ok la tu kan..
dan bile kaw order maggi kari korang akan dapat maggi macam ni...maggi+air panas sahaja..kaw jangan expect kat sini macam maggi kat tempat kaw ye...hahahha...
habis je makan kami terus gerak balik ke Kundasang..sepanjang perjalanan ke Kundasang hujan memang lebat giler...kat sini petang biasanya akan hujan lebat...
stesen minyak kat sini menang sentiasa penuh sebab tak banyak kemudahan stesen minyak..bile dah sampai pekan Ranau tu baik korang isi jela dulu minyak sebab kat kundasang pon aku tak nampak ada stesen minyak...
destinasi kami seterusnya ialah check in di J Residence..saje je try nak menginap di j residence sebab orang cakap kat situ tempat ok dan harga pon murah..harga untuk satu malam di j residence RM99 (weekdays) untuk satu malam
J-Residence
malam tu kami ke pekan kundasang..saje nak tengok suasana malam kat sana...kat sini malam memang takde ape..hampir semua kedai tutup awal kat sini time malam...
malam tu kami makan kat sini...hehehe
sedehnye maggi tu...hehehhe
ReplyDelete