Untuk hari pertama di Langkawi, kami semua check out dari homestay pukul 10.30 pagi..ingat mula-mula nak keluar awal tapi hujan la pulak pagi tu..lebat la pulak hujan nya..Nazri husband Qila awal-awal pagi dah keluar pergi cari breakfast..aku pulak masih sedap duk bantai mentido..biasa la hujan kan..ngahahaha..rupanya susah jugak nak cari brakfast pada hari Jumaat Nazri cakap sebab banyak kedai tutup..kat sini kan Jumaat cuti...Sarap pagi tu kami makan nasi lemak, roti canai dan kuih ape ntah nama die..hehehe...
Ok untuk aktiviti hari tu ape yang kami buat adalah pergi ke:
Pekan Kuah
Kilang Gamat
Makam Mahsuri
Naik Cable Car
Makan laksa
Mandi di Pantai Chenang
Kalo datang ke Langkawi memang tak sah la kalo kaw tak pergi ke Haji Ismail Group ni..Sampai je Pekan Kuah terus kitorang terjah sini...Macam biasa la bile masuk sini mesti la nak beli coklat kan..satu mesia pon dah tau yang coklat kat langkawi ni sangat murah dan biasa nye kedai Haji Ismail ni la jadi pilihan...Tapi kalo kaw ni jenis mak-mak yang nak cari pinggan mangkuk sudu periuk bagai kat sini bukan tempat nye....nak tau kat mana tunggu next entry yekk..hahahhaha saje jewww wat suspen...
Kejap je ponn sopim coklat sebab nanti last day plan nak datang sini lagi...next check point kami singgah sekejap kat kilang minyak gamat..tak plan pon nak datang sini tapi sebab kilang ni betul-betul tepi jalan masa on the way nak ke Makam Mahsuri tu so singgah la sekejap...bagus jugak datang sini baru aku tau macam mana nak proses minyak gamatttt...
Inila die minyak gamat yang tengah dimasak..dah siap tambah garam,gula sos tomato kicap semua..tunggu untuk siap dihidang...ngahahaha
Kat sini macam-macam prodak gamat dari sabun, minyak, ubat gigi, ubat sapu dan macam-macam lagi korang boley dapat.
Lepas tu, kami terus gerak ke Makam Mahsuri..Untuk memudahkan perjalan korang di Langkawi ni, guna jela GPS hokayyy..bukan ape memang la jalan di Langkawi ni pusing-pusing tang situ jugak tapi nak jimat kan masa dan minyak kete kawww mintak jela bantuan dari GPS..macam aku guna apps Waze..sangat-sangat senang...turn right turn left dah sampaiii..hihihihi
Cantik kan..view yang sangat-sangat mendamaikan jiwaaa semasa on the way ke Makam Mahsuri
Inila die Kota Mahsuri...Kat dalam Kota Masuri ni la ada nye Makam Mahsuri, muzium, telaga Mahsuri dan Kampung Kedah..
Kat dalam ni jugak ada jual bermacam-macam souvenir...
Kanak-kanak masuk free ye..tapi untuk budak-budak yang masih baby ni ada pesanan dari orang-orang tua kat sini, dorang cakap tak elok kalo korang nak bawak budak-budak masuk kat dalam muzium....selain dari muzium takde hal...korang paham-paham jela yek kenapa....haaa takut la tewwwww....hahahaha
Kap kum kap..kebetulan pulak pelancong dari Thailand sume ni semangat nak tengok makan mahsuri..
Nazri nak tunjuk skill...terer jugak orang KL ambik air perigi yekkk...hahaha
Rupanya telaga Mahsuri ni ada khasiat nya yang tersembunyi....
dan disebabkan khasiat yang ada pada air telaga mahsuri ni ko tengok la makcik-makcik siam ni pakat tempek-tempek muka lagi dengan air telaga konon-konon nye untuk awet muda...walaupon makcik-makcik ni sikit lagi umo nak sama dengan nenek aku..muahahhaha
Sebelum korang keluar dari Kota Mahsuri ni beli la Kuih Karas dari makcik ni..gerai makcik ni betul-betul dekat dengan Telaga Mahsuri....sedappppp wooooo...
Panjang la pulak cerita kat Kota Mahsuri ni...tak habis lagi ni day 1...to be continueeee la yekkk..hehehe
No comments:
Post a Comment