nuffnang add

Tuesday, December 3, 2013

Pengalaman Bercuti Di Kota Kinabalu/Kundasang Day 1 - Part 2

Dekat 2 jam lebey jugak la aku drive dari KK ke Kundasang..cuaca masa tu hujan renyai-renyai so slow jela aku bawak...jalan nak ke sana lebey kurang macam jalan nak ke Cameron Highland je..tapi kat sini kaw takkan boring sebab sepanjang perjalanan ke sini permandangan die memang cun melecun dan sangat cantik..pastu bile korang bukak tingkap kete lak dah boley rasa angin sejuk kat sini...





bile korang dah nak sampai kundasang ni korang dah boley start nampak macam2 sign board direction ke hotel, guesthouse, dan homestay..ni pulak Restoran Panataran... restoran ni betul2 kat tepi jalan sebelah kanan kalo korang drive menuju ke Kundasang dan betul-betul kat depan pintu masuk Mount Kinabalu Heritage Park...


ni la die Mount Kinabalu Heritage Park atau pintu masuk untuk ke Taman Kinabalu..




untuk makan tengah hari ni aku amek sup sayur, daging sweet sour dengan cendawan goreng halia, 2 nasi kosong, jus oren dan air kosong semua sekali RM27



habis je makan kami plan ke Desa Cattle..Desa Cattle salah satu tempat wajib tuk korang pergi kalo datang sini..masa tu baru pukul 2.30 petang so nak check in pon masih awal lagi..bukan ape kalo dah check in hotel tu nak keluar balik memang aku malas la sebab tu aku decide petang tu kami ke Desa Cattle dulu..lagi pon dah tak jauh dah sebab desa farm tu dekat je dengan Pekan Kundasang...

bile korang sampai je Pekan Kundasang korang akan jumpa 1 round board lepas tu amek kiri dan korang akan nampak war memorial park kat sebelah kanan korang..pastu kaw drive je straight sampai jumpa sign board ke Desa Cattle...dalam 15minit jugak perjalanan dari pekan Kundasang ke Desa Cattle... 


Jalan ke Desa Cattle Farm











Kenapa semangat sangat datang sini?? sebab kat sini ada lembu macam lembu kat New Zealand..hahahaha..selain dari tu permandangan kat sini pon sangat cantik ala2 New Zealand gitu...
















tu dieeee kaw tengok la lembu2 yang penuh berdisiplin ni tengah tunggu turn diperah susu...kalo kaw nak tengok suasana macam ni datang la sini sebelum pukul 3 petang sebab pukul 3 dorang akan start proses perah susu...

masing-masing sabar nak tengok macam mana lembu kene perah susu...hahahaha

ni la die cara nya..sambil lembu tu kene perah susu dorang bagi la lembu tu makan...kaw tengok sopan je dorang kannnnnn....

bile dah habis kene perah susu lembu-lembu yang dah siap akan jalan ke kawasan ni dan sambung makan sementara menunggu geng2 dorang siap semua...wahh detail betul explanation...hahahhaha..

ni la tempat di mana susu tu diproses.....

kat dalam ni jugak ada jual macam-macam souvenir yang comel2...




Dan yang paling penting bile korang datang sini tolong la beli ice cream ni sebab ice cream ni sangat la sedap tak terkata..lemak lemak berkrim...beli yang perisa vanila..satu RM3.50...selain tu yang mesti beli mestilah susu segar keluaran Desa Farm ni sendiri...harga susu boley tengok kat list kat atas....


gambar pose macam ni memang trade mark bile datang sini hokayyy..hahahaha...

jam masa tu dah pukul 4.30petang so kitorang pon terus ke Pine Resort untuk check in..lepas je keluar dari Pekan Kundasang nak ke Pine Resort korang akan tengok gerai-gerai yang jual buah buahan segar kat tepi jalan...so saje jela singgah kejap nak tengok ape yang menarik kan...





keropok yang macam-macam jenis pon ada jual kat sini


Ini la die Kinabalu Pine Resort...memang cantik sangat tempat ni..






Harga untuk 1 malam RM200 termasuk dinner dan breakfast untuk 2 orang...aku rasa dah bebaloi2 dah dengan tempat nye yang cantik walaupon bilik macam old school sket...



ni la menu makan malam kami..sup sayur, ayam masak halia, ikan sweet sour dan sayur goreng..padahal baru je makan sup sayur tengah hari tadi kan dengan sweet sour..heheheh..ape boley buat santap aje la dah ini je menu untuk dinner...

kat sini kaw kene ingat gelap awal cerah pon awal ok..pukul 6ptg pon dah start nak margrib..so malam tu kami tak keluar mana-mana sebab orang cakap kat pekan kundasang malam-malam memang dah takde ape..so kami tido awal la malam tu lagipon asok pagi nak bangun awal sebab plan nak tengok view gunung kinabalu....alaaa yeke nak bangun awal esok? kite tengok nanti....hihihi...


Continue.... =)

3 comments:

  1. Desa cattle ni sgt best. hari tu rasa sus coklat dia sedap sgt. Tp x perasan plak ada jual aiskrim tu huhu

    Btw, kami 3 sekawan baru je launch travel blog. Kalau ada masa, singgahla, boleh tinggalkan komen dan feedback ;) blog kami www.thetravelling3o.com kalau dpt exchange link pun ok. 1st entry kami psl backpacking di New Zealand.

    Terima kasih!!

    ReplyDelete
  2. Ok dah tengok blog u all..nice! bagus nanti one day plan ke nz boley refer kat entry korang

    ReplyDelete
  3. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

    Tuan/Puan Perkenalkan kami Bogalakon Tour & transport sebuah Company yang memberikan perkhidmatan tour groud handing di beberapa tempat favorit lawatan.

    Kami berpengalaman dibidang pelancongan,,,Insyallah,driver & tour guide kami santun,jujur dan mesra yang selalu akan bawa anda ke tempat kawasan favorit Bandung,Jakarta,Bogor.

    Bagi Tuan/puan yang hendak bercuti dan memerlukan Hotel/kereta untuk transportasi semasa di Bandung,Jakarta dan Bogor,boleh hub kami:


    Call : +62 878 24 600 700
    WhatsApp : +6281220 375 375
    Fb: Dicky Bogalakon
    Email: bogalakontour@gmail.com

    Sila anda tidak usah ragu untuk menanyakan persoalan apapun tentang seputar Bandung,Bogor,Jakarta

    Insyaallah dijamin kami bagi harga yang sangat berbaloi & service yang terbaik.
    Terima Kasih.

    ReplyDelete