nuffnang add

Wednesday, May 14, 2014

Panduan Memandu Kereta Ke Singapore

Nak masuk Singapore takde la susah sangat sebenarnye..Korang kene bertenang dan wat relax aje dan jangan mengelabah..hehehehe….macam aku memang cuak gak la mula2 drive kat sana..Dan bende yang paling sekali aku rasa sebelum masuk singapore make sure korang ada GPS ok..korang jangan nak buat-buat terer drive kat sana ikut sign board aje..memang tak boley konpem sesat....


1st thing isi form ni awal-awal..form ni baisanye korang boley dapat kat hotel-hotel tempat korang menginap di sekitar JB..so tak perlu nak tunggu kat immigration singapore baru nak isi...  



kat immigration Singapore


  Ok untuk kenderaan yang pertama kali masuk ke Singapore korang kene daftar AOTOPASS..autopass ni macam touch n go..auto pass ni korang buley pakai untuk bayar parking (parking yang ada palang), nak naik MRT, pastu kad ni jugak akan digunakan untuk bayar ERP (Tol) bile nak keluar dari Singapore nanti…



Nak daftar Autopass ni lepas je korang dah clear cop passport korang kene gerak ke bangunan B..bangunan B ni terletak sebelah kiri korang..bile nampak je laluan tu korang terus masuk..jangan terlepas pulak..kat situ ada sorang polis tengah stand by tengah kawal kereta yang nak parking kat situ..korang kene reverse parking kat bangunan tu..jangan risau polis tu akan guide korang..


Nak daftar autopass tak susah dan tak perlu ape2 dokumen bagai..aku ni bukan main lagi bawak roadtax ori kot2 dorang nak check, lesen pon dorang tak check..Cuma die tanya bile road tax korang mati..bile korang dah park kereta korang pergi je kat kaunter daftar kat situ dan die akan mintak korang isi 1 borang..bende paling penting nak kene isi tarikh roadtax mati , dan company ape, pastu alamat rumah dan nama penuh korang..itu je..lepas tu charge yang dikenakan adalah 10Sin dolar..dalam kad tu ada 4 Sin dolar…kad ni valid sampai 5tahun…


Lepas dapat kad tu jangan lupe pulak topup..korang boley topup kat 7E..tapi ada charge 50sen..aku rasa cukup la korang topup 20 sin dolar je dah boley pusing2 singapore..kalo masuk Singapore time weekend banyak ERP yang off so dah jimat kat situ..ERP untuk 1 hari maximum 5 Sin dolar sahaja..parking yang berpalang tu lebih kurang 1 jam 2 Sin dolar dan ada jugak tempat yang 2 Sin dolar per entry tapi weekend sahaja…


 Ni la dia ERP (Electronic Road Pricing) kalo tempat kita Tol la tapi yang ni takde palang


dah clear immigration silalah memandu dengan berhati-hati okayyyy



Berikut adalah tips untuk memandu ke Singapore:


1. Make sure ada GPS
2. Isi minyak penuh-penuh sebelum masuk
3. Beli air mineral dan makanan. Bawak bekal pon ok. (makanan dan air mineral sana mahal)
4. Isi form immigration siap2 sebelum masuk
5. Bila sampai kaunter immigration sila bukak cermin kereta dan bagi salam
6. Memandu dengan halaju yang dibenarkan. Max 80km/jam
7. Bila lampu hijau dan anda hendak masuk simpang sila perlahakan kenderaan untuk        
   memberi laluan kepada pejalan kaki.
8. Korang juga boley masuk ke Singapore malalui TUAS..Tuas jalan tak jem kalo nak compare    dengan woodlands (tambak johor)




SELAMAT MEMANDU DI SINGAPORE J



Tuesday, May 13, 2014

Mikhael n Dayah Onboard....

Eh apehal pulak tetibe mamat ni muncul setelah sekian lama menghilang??? hahaha..well untuk pengetahuan korang dari bulan 1 lagi aku dah start bz teramat bz sebab aku sekarang jadi student so hari-hari kene belajar3 pastu exam belajar lagi exam lagi sampai la pernyeksaan ni berakhir bulan 7 nanti...

ok dah lupekan pasal tu ko baca jela entry 1st aku untuk tahun ni..hahahaha..cerita kinabalu pon tak habis lagi ni takpela nanti aku sambung balik..relax-relax aku saje nak skip dulu cerita kinabalu sebab aku tau korang pon dah busan duk baca pasal kinabalu yang ntah bila la entry pasal tu nak habis kan..hihihi..

Ok last month aku dapat panggilan dari opis mintak naik kapal sekejap kat Pasir Gudang sebab kapal nak masuk docking kat MMHE Pasir Gudang...
kapal masuk docking ni maksudnye kapal tu kene repair la dan segala major job dorang akan buat semasa berada di sana..

Yang best nye bile docking kat Pasir Gudang ni kite boley bawak anak bini naik kapal sekali semasa kapal berada kat sana..heyyy bile lagi kaw nak bawak anak bini kaw naik kapal besar kan...tengok macam mana tempat kerja kaw kan..hehehehe..hari ke-3 aku kat sana Dayah, Mikhael dan Ida datang dari KL..kat sini aku nak share la beberapa gambar semasa dorang kat sana...