nuffnang add

Friday, September 27, 2013

Keunikan Dubai... Part 1

Dubai adalah salah sebuah negeri termaju dan termoden dalam negara UAE….Sebut saja Dubai semua orang tau kat mana dan mesti orang akan terbayangkan bangunan pelik2 yang ada kat sana dan korang pon tau bangunan pencakar langitnye yang dikenali sebagai Burj Khalifa adalah bangunan yang tertinggi di dunia setakat ini….. Tak ketinggalan jugak salah satu hotel termahal di dunia jugak terletak di Dubai yg dikenali sebagai Burj Al-Arab...Alhamdulillah disebabkan atas urusan kerja di sana, aku berpeluang untuk berjalan2 dan melawat tempat2 menarik di Dubai…..Dah la 2 minggu duk sana so perasaan tu mestilah sangat2 teruja dan memang aku tak lepaskan peluang sikittttt pon untuk malawat tempat2 manarik yang ada di Dubai…….hehehe

Dari segi pengankutan aku rasa takde masalah kat Dubai sebab teksi memang berlambak2..dalam 10 biji kereta yang kaw tengok mesti ada je teksi...dari segi tambang pulak memang standart teksi la dan yang pasti teksi sana memang ikut meter dan takde tipu2..no3...Teksi pulak sangat selesa mostly teksi kat sana adalah dari jenis Camry..Haaa mestilah selesa kennn....

Ok pasal makanan pulak, mestilah kat sana tak jadi masalah untuk korang nak cari makanan halal kan dah memang negara islam dah tentulah halal cuma nak cari tempat makan yang boley diterima tekak tu yang kene pandai cari..Harga pulak senang kira ko kali 2 jela dengan harga kat mesia..agak mahal jugak la yek....

Gambar yang aku nak share kat sini tak banyak pon sebab banyak gambar2 dah hilang..tu yang sadiss dan keciwa sket tu...tapi takpe at least ada jugak la kan tuk buat kenangan...








      Cantek kan tempat ni......'Souk Madinat Jumeirah' nama gelarannya...hehehe..tempat ni wajib pergi kalo ke dubai yekk...






Burj Khalifa time malam...sebijik macam klcc..maksud aku kat bawah ni ada tempat sopim pastu depan die ada tasik dan paling best ada show water dancing...Ok untuk entrance fee nak naik atas Burj Khalifa ni korangg kalo nak murah make sure booking awl2 ok...AED 125 if korang booking awal..kalo korang main redah aje terus nak naik atas ni korang kene bayarrr sebanyak AED 400....







Dalam Burj Khalifa..


Ni la die show water dancing tu...air menari2 mengikut irama..hehehe


Hotel belakang tu kalo malam lampu akan bertukar2...



Ok..ni la sahaja gambar yang aku boley share dengan korang..next entry for Part 2 is Desert Safari... 




3 comments:

  1. Cantikkan Dubai.. teringin nak pergi.. inshaAllah one fine day =)

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah..Dubai memang cantekk tapi pak arab sana sangat sombong dan agak kasar...kebanyakan local people sana bos2 besar dan pekerja2 bawahan kebanyakan dari india, pakistan dan Philippine..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nice sharing.. satu hari nnt kalau nak pergi sana boleh refer kat blog you ni to get some tips & info =)

      Delete